Best World Destination

Best World Destination My Blog Bucket List Indonesia: JAWA

Bucket List Indonesia: JAWA

Sukar memikirkan sebuah negara yang mempunyai banyak perkara untuk dilihat dan dilakukan dari segi budaya yang pelbagai, lanskap yang cantik, pantai yang menarik dan makanan yang sedap selain Indonesia. Indonesia yang terdapat lebih 13,000 pulau memberikan kepelbagaian yang berbeza yang boleh ditawarkan setiap pulau tersebut. Ada antaranya menawarkan penemuan bersama hidupan liar, atau segalanya mengenai diving dan surfing, manakala ada yang menawarkan senibina yang menakjubkan untuk dijelajahi.

Sama ada anda jenis sukakan aktiviti luar atau hanya mahu bersantai di pantai sepanjang hari, pasti ada sesuatu untuk anda dalam senarai ini. Berikut antara perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan perjalanan anda lebih pelbagai dan menarik, dibahagikan mengikut pulau.

Kredit: Tour From Bali

JAWA

Kemungkinan besar permulaan anda di Indonesia adalah di ibu kota Jakarta yang terletak di Jawa. Terdapat pelbagai perkara menarik anda boleh lakukan di Jawa termasuk melihat kuil-kuil yang terkenal dan gunung berapi.

Mendaki Gunung Bromo

Kredit: 1Zoom

Terdapat banyak syarikat travel yang menawarkan tour jeep untuk melihat matahari terbit di Gunung Bromo. Ianya adalah pengalaman yang unik dan menarik untuk mendaki keseluruhannya ke puncak gunung berapi terkenal Indonesia – terutamanya berseorangan. JIka anda mendaki sendiri, anda dapat menjimatkan duit selain mendapat pengalaman yang fleksibel dan lebih mencabar. Pendakian ke Gunung Bromo tidak terlalu mencabar seperti pendakian gunung berapi yang lain di Indonesia, tetapi pemandangan di puncak Gunung Bromo sangat memuaskan.

Meluangkan masa di Surabaya

Bandar Surabaya tidak terkenal seperti kawasan-kawasan lain di temapat itu, tetapi anda mungkin akan bermalam di san ajika anda hendak mendaki Gunung Bromo. Anda akan terkejut betapa nyaman nya berjalan-jalan di sekitar bandar yang mesra dan tidak terkenal dalam kalangan pelancong. Kebanyakan penduduk tempatan akan ke Surabaya untuk mendapatkan makanan tempatannya yang sedap. G-Walk dan Pasar Antum adalah antara beberapa tempat terbaik untuk merasa makanan tempatan dan melihat orang di sana.

Menjelajahi Kuil Borobudur

Kredit: Gets Ready

Kuil Borobudur adalah sangat menawan secara berdepan dan juga di dalam gambar. Anda akan dapat tangkap gambar-gambar yang sangat cantik di sini. Ianya adalah tempat Unesco World Heritage yang menempatkan monument penting kepada tamadun Buddha, terdapat bayaran masuk ke tempat ini. Kebesaran dan kecantikan senibina kuil ini sama menakjubkan dengan Angkor Wat di Cambodia. Kuil ini terbuka kepada pelawat dari 6 pagi sehingga 5 petang setiap hari. Jika anda datang untuk fotografi, tempah tour matahari terbenam dengan syarikat travel yang berdaftar, atau tinggal di Manohara Resort untuk mendapatkan kemasukan awal (satu-satunya hotel yang dibenarkan untuk menjual tiket masuk awal).

Melawat Kuil Candi Prambanan

Kredit: Lonely Planet

Kuil ini adalah kuil Hindu yang paling besar di Indonesia. Tempat Unesco World Heritage yang dikatakan dibina untuk menggantikan Borobudur (dan Buddhism) ketika kuasa Hinduism naik semula di abad ke-9. Banyak syarikat travel menggabungkan Borobudur dan Prambanan dalam satu hari, tetapi anda akan rasa kelainannya keranan kedua-dua kuil ini sangat berbeza dari satu sama lain. Kuil Prambanan ini dihasilkan daripada kuil-kuil individu yang khusus untuk Brahma, Vishnu dan Shiva.

Mendaki Gunung Ijen

Kredit: Indo Trip
Kredit: Tripsavvy

Tidak kira anda mendaki bersendirian, bersama group persendirian atau bersama tour, jangan lepaskan peluang melihat keindahan gunung ini termasuk api biru (lava berwarna biru) dan pemandangan matahari terbit.

Melihat Air Terjun Baturaden di Puwokerto

Kredit: Place To Visit Around The World

Anda akan lihat kurangnya pelancong asing kerana ia adalah tempat terkenal bagi pelawat setempat. Tempat itu tidak diselenggara untuk tujuan pelancongan bagi pelancong asing. Jika anda menaiki motorsikal, ianya hanya 30 minit perjalanan dari Puwokerto. Sediakan barang-barang berkelah, makanan dan baju renang, dan anda bersedia untuk pergi. Ramai penduduk tempatan yang membawa keluarga dan anak-anak mereka ke air terjun ini pada hujung minggu, jadi susun jadual anda dengan baik jika anda mahukan suasana yang tenang sambil menikmati pemandangan indah air terjun, atau dapatkan pengalaman bersosial dengan penduduk tempatan.

Mendaki Dieng Plateau

Kredit: Lady Pinem

Gunung Bromo dan Gunung Ijen sudah terkenal dengan popularitinya. Untuk menjelajahi kawasan yang masih kurang orang kunjungi, masukkan Dieng Plateau ke dalam itinerary anda. Dieng Plateau adalah complex volkanik yang unik yang menawarkan bukit-bukit kehijauan yang sangat cantik, sungai berbagai warna dan gunung berapi.

Mendaki Ke Air Terjun Tumpak Sewu

Kredit: Salt In Our Hair

Ia bukan satu-satunya set air terjun (dan pendakian) di Jawa, tetapi pemandangannya memang sangat menakjubkan. Setelah sekian lama menjadi rahsia, kini ramai vlogger dan instgrammer menerbangkan drone mereka di sekitar kawasan air terjun ini untuk menunjukkan betapa menakjubkan pemandangan tempat itu. Anda boleh mendapatkan perkhimatan tour guide tempatan untuk membawa anda ke sana dan melihatnya dari view point, atau pergi sendiri untuk melihatnya  dengan lebih dekat. Jalan menghala ke kawasan takungan air terjun adalah basah, licin, curam dan agak bahaya. Sentiasa perhatikan langkah-langkah keselamatan sebelum terburu-buru untuk mengambil gambar yang cantik.

Trafik Yang Luar Biasa di Jakarta

Kredit: Agoda

Kawasan bandar metropolitan ini sangat luar biasa dan tidak terdapat di mana-mana di Indonesia. Kawasan ini membangun cepat dengan pembangunan bangunan pencakar langit dan megamall. Ianya adalah tempat yang sesuai untuk tinggal beberapa hari antara pengembaraan anda di hutan dan di pulau-pulau. Selain membeli-belah dan restoran yang hebat, ibu negara Indonesia ini juga terkenal dengan trafik luar biasanya. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 30 minit boleh menjadi 3 jam pada waktu puncak. Ianya adalah satu cara untuk merasakan budaya tempatan, jika nasib anda baik anda akan dapat driver yang menghiburkan bagi memastikan anda sentiasa waras dan terhibur sepanjang perjalanan.

TopBack to Top